Total Pageviews

Saturday 14 February 2015

Isu dan cabaran semasa, khasnya dan aspek pengaruh perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

Pandangan guru besar :
·         Sekolah saya merupakan sekolah kecil yang berada di kawasan luar bandar. Di sana, adalah susah untuk mendapat “internet” yang baik untuk melayari laman web. Tambahan pula, bukan semua murid di sekolah mempunyai komputer di rumah. Maka, sekiranya guru ingin menyuruh murid-murid mencari maklumat melalui internet, guru tersebut haruslah fikir bahawa adakah semua murid mampu menyempurnakan tugasan ini. Sekiranya tidak mampu, adakah guru ingin mendenda murid tersebut.
·         Tambahan pula, peruntukan yang banyak diperlukan untuk menyediakan kemudahan-kemudahan seperti pemasangan internet di sekolah, komputer-komputer, bilik komputer.
·         Walaupun kerajaan telah membekalkan peruntukkan kewangan untuk sekolah-sekolah menyediakan kemudahan-kemudahan tersebut, tetapi lebih banyak wang juga diperlukan untuk menggantikan kemudahan-kemudahan yang rosak.
·         Maka, kerajaan haruslah memberi perhatian yang lebih kepada sekolah-sekolah yang berada di luar bandar supaya dapat menikmati kemudahan-kemudahan internet seperti sekolah di bandar.

ü  Sekarang, kerajaan sedang menggalakkan sekolah-sekolah menjalankan program Frog VLE. Program ini adalah sangat bagus kerana ia membolehkan guru-guru berkongsi maklumat dengan murid-murid.
ü  Murid-murid juga dapat mempersembahkan hasil kerja mereka di dalam Frog selepas siap. Selepas itu, guru akan menyemak hasil kerja mereka dan membuat penilaian.Walau bagaimanapun, di sekolah saya, kurang guru mahir dalam bidang TMK.
ü  Oleh itu, kami haruslah meluangkan masa untuk menghadiri kursus atau kelas komputer untuk belajar komputer. Pada masa sekarang, beban kerja guru adalah berat.
ü  Guru bukan sahaja mengajar, malahan juga nak siapkan banyak paper work. Sekarang, guru perlu menghasilkan satu laman web “Frog” untuk sekolah. Bukan semua guru rela membuat kerja itu dan bukan semua guru mahir dalam bidang itu.
ü  Maka, saya harap pihak kerajaan dapat memberikan perhatian kepada isu tersebut. Sekiranya boleh, haraplah pihak kerajaan dapat menyediakan laman web “Frog” untuk sekolah-sekolah. Ini dapat meringankan beban guru-guru.
ü  Selain itu, haraplah pihak kerajaan dapat memperuntukkan lebih wang lagi untuk sekolah saya mengupah technichian komputer supaya dapat mengatasi masalah-masalah internet dan komputer di sekolah saya.